Syed Saddiq Masak Asam Pedas, Habislah Mat Sabu Kata Netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Para pengguna media sosial menyifatkan tindakan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi kemahiran memasak bakal meragut populariti bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Mat Sabu.

Komen-komen tersebut dilemparkan setelah Syed Saddiq memuatnaik klip video yang memaparkan dirinya sedang memasak asam pedas di laman Facebooknya semalam.

“Tergugatlah Mat Sabu selepas ini sebab Syed Saddiq pun dah main masak-masak,” tulis Emir Amsyar.

“Dulu abang Mat masak asam pedas, sekarang Syed Saddiq pun nak masak juga. Habislah lepas ni susah la abang Mat nak ‘cari makan’ lagi sebab dah ada pesaing,” ujar Khairul Azam Abdullah.

“Kot ye pun nak tarik perhatian, carilah idea lain. Mat Sabu memang orang dah tahu pandai masak siap boleh kongsi resepi lagi tapi Syed Saddiq nampak macam kekok sangat pegang senduk tu,” bidas Ahmad Faizal pula.

Mat Sabu sebelum ini pernah berkongsi rakaman dirinya memasak gulai ikan serta berkongsi resepi tersebut di media sosialnya.

Seterusnya ada juga yang menyifatkan rakaman memasak Syed Saddiq itu sebagai satu usaha untuk menaikkan semula imejnya yang tercalar ekoran pendedahan gambar-gambar bersama seorang gadis di dalam bilik tidur.

“Raja Nur Marisa sihat ke bro ? Tak payah la berlakon teruk-teruk macam Azmin Ali. Resign as MP je bro, memalukan mak bapak kau dan rakyat Muar sahaja,” tegas Fauzi Zailan.

“Masakan untuk Raja Nur Marissa ke tu?? Dia menyesal tak kalau makan asam pedas ni?? Madu belum habis lagi untuk dibuang,” ujar Lukhman Zulkifli.

“Buatlah apa pun untuk alih perhatian dari video pengakuan girl tu, apa-apa pun your goody goody image (imej sebagai budak baik) sudah tarnished (tercalar),” bidas Nur Dahlia pula.

Minggu lalu, seorang gadis melahirkan rasa menyesal kerana mendakwa dipergunakan oleh seorang ahli politik untuk kepentingan peribadi.

Link: https://suara.tv/11/04/2020/gadis-kecewa-dakwa-ditipu-bekas-menteri-seperti-pelacur/

Melalui satu klip video yang tular di media sosial, gadis itu berkata dirinya telah diperlakukan seperti seorang pelacur oleh ahli politik tersebut.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai kenyataan gadis tersebut merujuk kepada seorang bekas menteri dari Pakatan Harapan (PH).

Pengguna media sosial sebelum ini dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping gambar di dalam kamar tidur yang memaparkan gadis tersebut bersama bekas menteri itu. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat