Bekas Menteri Setuju Ubah Takwim Pendidikan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, berpendapat Kementerian Pendidikan tidak perlu mewajibkan pihak sekolah melaksanakan sepenuhnya sukatan pelajaran tahun ini yang terjejas akibat Covid-19.

Beliau berkata, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat pula perlu mengambil kira jumlah hari pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta sukatan pelajaran yang boleh dihabiskan bagi tahun ini.

Jelasnya, beliau menyambut baik sekiranya Kementerian Pendidikan melakukan perubahan serta penjajaran semula takwim pendidikan tahun ini.

“Saya setuju takwim diubah, kena kira balik jumlah hari yang ada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tahun 2020. Berapa sukatan pelajaran yang boleh dihabiskan untuk tahun ini bagi setiap mata pelajaran berdasarkan jumlah hari mengajar di sekolah.

“Berdasarkan jumlah hari dan jumlah sukatan pelajaran yang boleh diajar, peperiksaan peringkat sekolah atau berpusat boleh mengambil kira faktor itu.

“Tidak perlu lagi untuk menghabiskan sukatan pelajaran tahun 2020 untuk semua subjek. Lembaga peperiksaan mesti diberi peluang mengemukakan beberapa pilihan yang ada, masa yang sesuai untuk peperiksaan,” katanya.

Kementerian Pendidikan dijangka akan meminda semua tarikh peperiksaan utama selaras dengan keputusan kerajaan melanjutkan PKP dan pengangguhan pembukaan persekolahan ekoran Covid-19.

Pinda semua tarik peperiksaan.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan PT3 dijangka akan ditangguhkan beberapa bulan.

Begitu juga dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bertulis serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Semester 3 dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sumber bagaimanapun berkata ia tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, Kementerian Pendidikan mestilah memberi gambaran awal kepada masyarakat umum bahawa mereka sudah mempunyai perancangan pasca-Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat