Pemuda UMNO Pahang Kecam Provokasi Terhadap PM

- Advertisement -

KUANTAN: Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang mengecam tindakan provokasi kumpulan kecil penyokong UMNO yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen.

Ketua Pemudanya, Farid Md Nor berkata ianya adalah tindakan keterlaluan yang memberi impak negatif kepada Barisan Nasional dan jelas tidak menghormati institusi Perdana Menteri yang ditunjangi UMNO.

“Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang kesal dengan tindakan provokasi segelintir penyokong Barisan Nasional terhadap Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, di Command Centre BN di Johor Bahru, baru-baru ini.

”Kumpulan ini melakukan provokasi dengan menjerit meminta YAB Menteri membubarkan Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 diadakan segera.

”Tindakan sebegini bukanlah budaya UMNO. Ia adalah tindakan keterlaluan yang memberi impak negatif kepada Barisan Nasional dan jelas tidak menghormati institusi Perdana Menteri yang ditunjangi UMNO.” Kata Farid melalui kenyataan medianya pada Isnin.

Menurut Farid, tindakan kumpulan ini juga memberi persepsi seolah-olah UMNO merupakan sebuah parti yang rakus, bongkak dan terlalu kuat selepas menang besar di PRN Johor.

Pergerakan Pemuda UMNO negeri Pahang berpendirian, setiap keputusan besar seperti ini haruslah dibincang secara terperinci terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi BN, ujarnya.

Mengenai desakan membubarkan Parlimen agar diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) PRU15, beliau mengesa kepimpinan parti perlu menilai dari segi persediaan sebelum memutuskan mengadakan PRU15.

”Kita perlu menilai betul-betul persediaan dan kemampuan kita sebelum memutuskan untuk mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat.

”Jaga lah perpaduan, hubungan silaturrahim dan sikap hormat-menghormati sesama kita. Inilah kunci kejayaan kita selama ini.” Katanya. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat