Pengerusi UMNO hairan usul calon PM tidak dibincang dalam MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang Pengerusi Perhubungan UMNO negeri menyatakan kehairanan mengapa keputusan Biro Politik UMNO mengenai persetujuan menjadikan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Menurut Pengerusi yang tidak mahu dipetik nama, mesyuarat Biro Politik UMNO yang dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan pengurusan tertinggi UMNO telah memutuskan Ismail Sabri akan menjadi ‘poster boy’ BN.

Bagaimanapun sehingga kini Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menangguhkan perbincangan dalam MKT UMNO.

Sebaliknya MKT UMNO pada Januari lalu hanya mengesahkan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan tidak memberi apa-apa gambaran seperti kehendak mesyuarat Biro Politik.

MKT UMNO hanya menegaskan keperluan untuk mengekalkan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Walaupun bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memberi isyarat bawaha Ismail Sabri Yaakob akan dijadikan watak utama mewakili UMNO atau ‘poster boy’ namun ia sekadar pandangan peribadi.

“Walaupun MKT adalah badan tertinggi pembuat keputusan parti, kita berharap keputusan mesyuarat biro politik dibawa untuk perbincangan dan kata putus muktamad mengenai cadangan ini. Malangnya, ia tidak berlaku dan menyebabkan parti berada dalam tanda-tanya berhadapan cadangan mengadakan PRU lebih awal,” tegas Pengerusi UMNO terbabit.

Dalam masa yang sama, terdapat sumber memaklumkan kepada SuaraTV bahawa usul lebih 100 bahagian UMNO agar Ismail Sabri dijadikan calon Perdana Menteri BN dalam PRU akan datang tidak akan dibincang dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Bagaimanapun sumber ini belum disahkan oleh mana-mana pihak di PWTC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat