Ketua Penerangan AMK PKR Johor Umum Letak Jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail mengumumkan meletak jawatan, hari ini.

Dia pada masa sama turut melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PKR Cabang Johor Bahru.

Surat peletakan kedua-dua jawatan itu dikongsikannya menerusi muat naik status di akaun Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara terperinci sebab peletakan jawatan itu.

Semalam, di akaun Facebooknya, Mohamad Taufiq turut memuat naik status yang menggambarkan kekecewaannya, namun tidak merujuk kepada mana-mana parti.

“‘Parti ini parti derita’. Memang deritalah sampai bila-bila.

“Tiba di penghujung kerjaya politik saya. Terima kasih semua,” katanya menerusi dua muat naik status berbeza.

Dia juga bertindak menukar foto profil Facebook kepada warna hitam. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat