Adun Amanah di Johor keluar parti dan sertai PKR

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketika ramai yang ternanti-nanti pengumuman Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), politik negara dikejutkan dengan wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) keluar parti.

Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Senggarang dari Amanah, Khairuddin A.Rahim dilaporkan telah memohon untuk menyertai PKR sejak September tahun lalu.

Berita Adun Amanah menyertai PKR ini tersebar beberapa jam selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution mendakwa ada pihak berusaha mengugut dan megumpan ahli Parlimen PKR untuk keluar dari parti.

Astro Awani melaporkan, Khairuddin mengesahkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu dan menjelaskan beliau kini menyertai PKR Cabang Batu Pahat.

“Saya telah memohon untuk menyertai Keadilan pada bulan September 2020 dan alhamdulillah telah diterima.
No Keanggotan saya ialah J1100004520.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Sri Anwar Ibrahim ,Presiden PKR dan semua Pimpinan serta ahli Keadilan khusus kepada Pimpinan Negeri Johor dan Pimpinan Cabang Batu Pahat yang telah menerima keanggotaan saya.

“Insyaallah saya berjanji akan mematuhi segala arahan Parti serta Pimpinan dari masa ke semasa,” katanya.

Sebelum ini dua wakil rakyat Amanah di Selangor iaitu Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Adun Sabak, Ahmad Mustain Othman juga telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PKR.

Malaysiakini melaporkan dua lagi wakil rakyat Amanah di Johor, Adun Serom Faizul Amri Adnan dan Adun Mahkota, Muhamad Said Jonit juga bakal mengikut jejak Khairuddin meninggalkan Amanah dan menyertai PKR.

Amanah dan PKR merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) bersama DAP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat