PRN Johor: Anwar Umum Maszlee Calon PKR Bagi DUN Layang-Layang

- Advertisement -

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik yang menyertai PKR pada 27 November tahun lalu sah dinamakan sebagai calon parti itu di bawah Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi Layang-Layang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengumuman tersebut mengukuhkan lagi spekulasi bahawa bekas Menteri Pendidikan yang sebelum ini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkemungkinan dinamakan sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya gabungan itu menang.

Nama Maszlee, 48, diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon keenam PKR yang akan bertanding pada PRN Johor tidak lama lagi setelah lima calon lain ditampilkan parti itu pagi tadi.

Anwar dalam ucapannya berkata, meskipun PKR tidak menggalakkan Ahli Parlimen mereka bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), namun pengecualian itu diberikan kepada Maszlee kali ini.

“Ahli Parlimen kita (PKR), kita tak cadang untuk bertanding (DUN), tapi satu sahaja kita beri pengecualian di Johor iaitu Dr. Maszlee Malik di Layang-Layang. Ini kerana kita nak tonjolkan beliau sebagai tokoh kita di negeri ini yang boleh membantu dengan pengalamannya.

“Tetapi untuk nama-nama lain di zon tengah yang sepatutnya diumumkan hari ini, saya tangguh dahulu sekejap, biar ‘suspen’ sedikit,” katanya ketika berucap di Rengit, di sini hari ini.

Sebelum ini, Maszlee yang dipecat Bersatu pada Mei 2020 digembar-gemburkan sebagai bakal Menteri Besar Johor, namun beliau menganggap perkara itu terlalu awal untuk diperkatakan ketika ini.

Pada sebelah pagi, Anwar mengumumkan lima calon PKR iaitu Fakharuddin Moslim bagi kerusi Pasir Raja; S. Gopalakrishnan (Tiram); Napsiah Khamis Maharan (Kempas) dan Chiong Sen Sern (Bukit Batu).

Sementara itu, Maszlee berkata, beliau terharu dengan kepercayaan parti kerana pada asalnya jika mengikut peraturan tidak rasmi PKR, Ahli Parlimen tidak akan bertanding di DUN seperti dimaklumkan Anwar.

“Tapi parti putuskan untuk saya turun bertanding demi untuk menawan Layang-Layang yang kalah dan demi memastikan kawasan lain juga dapat dibantu. Apa sahaja tanggungjawab saya cuba laksanakan sebaik mungkin dengan sokongan jentera dan penyokong dalam Parlimen Simpang Renggam.

“Tidak kecewa (sebelum ini) sama ada saya terlibat di peringkat DUN atau tidak kerana memang tekad kita nak menangkan PH di Johor terutama calon-calon PKR,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat