‘Allahyarham Jit Murad tinggalkan banyak kenangan manis’ – Afdlin Shauki

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Berita kematian pelakon, pengarah dan aktivis teater, Jit Murad, 62, pada jam 2.15 petang semalam ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada segelintir selebriti tempatan.

Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki, 51, yang mempunyai banyak kenangan manis bersama Allahyarham Jit ketika awal-awal terbabit dalam industri hiburan berkata, dia adalah seorang permata seni yang hebat.

“Innalillah wainna illaihi rojiuun. Hari ini seorang anak seni yang hebat telah pulang ke Rahmatullah.

“Sesiapa yang menonton komedi di pentas atau pun di dalam era 1990-an ke awal tahun 2000 pasti mengenali nama Jit Murad. Saya banyak belajar daripada Jit tentang komedi dan penceritaan.

“Banyak kerja-kerja awal saya melibatkan Harith Iskandar dan Jit Murad. Semoga roh beliau akan bersama roh-roh yang dicintai oleh Allah SWT. Terima kasih Jit kerana sanggup berkongsi kehebatan anda bersama kami dan mewarnai kehidupan kami.

“Al-fatihah. Minta tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau,” tulis Afdlin pada ruangan kapsyen yang turut disambut dengan dedikasi sama daripada rakan-rakan artis lain.

Tidak ketinggalan pelakon dan penyampai radio, Shahirah Shahirah turut mendedahkan dia begitu mengagumi keperibadian arwah.

“Really adore him… (Sangat memujanya). Love him so much (Sayang dia sangat) sebab kita dulu pelakon extra pun dia lepak sama. Love love love him (Sayang, sayang, sayang dia) al-Fatihah,” tulis Sheira pada ruangan komen.

Jit yang juga anak kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Allahyarham Tan Sri Murad Mohamed Noor, mula bergiat aktif dalam filem, televisyen dan teater pada 1987.

Naskhah seperti Spilt Gravy On Rice (1995), The Storyteller (1996) serta Gold Rain and Hailstones (2002) antara produksi teater popular yang ditulis serta dibintanginya.

Allahyarham dilahirkan di Kuala Lumpur memiliki pendidikan dalam bidang Sosiologi (Pengajian Bandar) dan Ijazah Sarjana dalam Sejarah Seni.

Sepanjang karier, Allahyarham disegani sebagai seorang penulis, pelakon dan penerbit teater yang berdedikasi dan dinamik.

Filem lakonannya pula ialah Selubung, Mimpi Moon, Talentime dan 1957: Hati Malaya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat