Gerakan kecam PH biarkan anak Zahid dilantik ahli Lembaga Pengarah UPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi, sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM), membuktikan PH langsung tiada keazaman untuk mereformasi pelantikan politik.

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata, tindakan melantik ‘orang sendiri’ ke jawatan penting kemudian memberikan naratif lain untuk membela diri adalah seperti “mengubah peraturan permainan”, dengan bermain mengikut peraturan yang ditetapkan sendiri.

“Kalau Barisan Nasional dianggap menjadikan pelantikan politik sebagai kerjaya, PH pula mengangkat ‘anak emas’ mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut surat lantikan didakwa ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir, tempoh perkhidmatan Nurul Hidayah sebagai ahli lembaga pengarah UPM akan bermula dari 2 Jan 2025 hingga 1 Jan 2028.

Surat itu menyatakan bahawa pelantikan Nurul mewakili “komposisi berpengetahuan dan berpengalaman” mengikut Subseksyen 18(1) perlembagaan UPM.

Pelantikan itu mengundang kritikan, terutamanya daripada aktivis kontroversi Fahmi Reza, yang mengejek tindakan itu dengan “resume” satira Nurul Hidayah.

Resume olok-olok yang dikongsikan di media sosial Fahmi itu memaparkan nama Nurul, foto dan gelaran “Anak Zahid Hamidi”.

Sementara itu Dominic menyindir seorang pemimpin DAP yang pernah mengejek pelantikan senator sebagai menteri dengan menyifatkan mengikut “pintu belakang”.

“Namun, apabila beliau sendiri dilantik sebagai senator untuk menjadi timbalan menteri, beliau tidak lagi mempersoalkan pelantikan “pintu belakang” tersebut.

“Sekarang, di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar, menteri-menteri penting seperti Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta Menteri Kewangan Kedua semuanya dilantik melalui jalan senator.

“Mengapa tiada sesiapa yang mempersoalkan pelantikan ‘pintu belakang’ ini?” soalnya.

Menurutnya selama beberapa dekad, PH menggesa penghapusan pelantikan politik demi memberi keutamaan kepada pentadbiran berdasarkan prestasi, tetapi apabila menjadi kerajaan, mereka bertindak sewenang-wenangnya.

“Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri Anwar, mengurangkan jumlah pelantikan politik berbanding kerajaan sebelumnya bukanlah reformasi. Walaupun jumlahnya hanya 95, jika ada, maka tetap ada dan ia tidak boleh dinafikan,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat