Pemulihan Los Angeles telan belanja puluhan bilion dolar – Joe Biden

- Advertisement -

WASHINGTON – Pemulihan kawasan kejiranan di Los Angeles yang terjejas akibat kebakaran dahsyat akan menelan belanja berbilion dolar.

Media Sputnik/RIA Novosti melaporkan demikian memetik Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

“Ia akan memerlukan puluhan bilion dolar untuk memulihkan Los Angeles seperti sediakala.

“Jadi, kita perlukan Kongres untuk meningkatkan pembiayaan bagi menyelesaikan perkara ini. Dan kita akan laksanakan,” menurut Biden dalam taklimat bersama pegawai persekutuan.

Kebakaran hutan yang bermula di Daerah Los Angeles pada 7 Januari dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah negeri itu.

Menurut pihak berkuasa, jumlah kawasan kebakaran melebihi 16,000 hektar.

Sekurang-kurangnya 24 orang terkorban dan lebih 12,300 bangunan, termasuk kediaman selebriti musnah.

Menurut ahli meteorologi cuaca kering dan berangin menyebabkan api merebak dengan pantas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat