Pas seru rakyat Malaysia ‘move on’ dan Zii Jia fokus menang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menyeru rakyat Malaysia ‘move on’ sekali gus tidak mempertikai lagi insiden Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain badminton perseorang lelaki negara Lee Zii Jia.

Ahli Parlimen Mas itu malah menganggap kejadian bendera dipasang terbalik pada baju dipakai Zii Jia itu sebagai suatu kejadian yang tidak disengajakan.

“Dalam isu bendera terbalik di baju yang dipakai oleh Lee Zii Jia di perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 kelmarin, rakaman jelas menunjukkan bahawa baju itu hanya dipakai sejurus sebelum masuk ke dalam gelanggang.

“Bahkan tag baju pun hanya dikoyakkan sejurus sebelum masuk.

“Dalam situasi itu secara logiknya, beliau tentu hanya fokus kepada perlawanan yang akan dihadapi.

“Justeru, kita ‘move on’. Pembekal pun sudah minta maaf (walaupun dalam bahasa Inggeris). Harap pembekal sensitif lain kali,” seru beliau.

Fadhli bagaimanapun mengingatkan, jangan main-main dengan isu yang merupakan maruah negara ini.

“Kepada Lee Zii Jia, kita harap dapat terus fokus. Semoga membawa kejayaan untuk negara di perlawanan berikutnya,” ucap beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat