RCI Batu Puteh bukan untuk balas dendam kepada Dr Mahathir, tindakan susulan terserah Peguam Negara – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan ke atas beliau kononnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan bertujuan membalas dendam terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegas Anwar, tidak seharusnya naratif dendam dimainkan kerana Pasukan Petugas Khas (PPK) diwujudkan untuk menyemak semula undang-undang berkait perkara itu sehingga membawa kepada penubuhan RCI ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak timbul pun (untuk balas dendam), pasukan (petugas) khas itu dibuat sebelum saya pun, itu masa Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Menterinya (ketika itu adalah) Datuk Seri Hamzah (Zainudin), (Datuk Seri) Takiyudin (Hassan), (PPK) ada buat (kajian) dan ‘finding’ (penemuan dalam laporan PPK) lebih teruk lagi. Jadi tak usah main (naratif dendam),” katanya.

Anwar berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Darul Ulum SMK Agama Putrajaya, lapor BH.

Dalam pada itu, Anwar juga menegaskan RCI itu sebagai prinsip mempertahankan kedaulatan negara.

“Ini soal wilayah, adakah ada negara yang mengizinkan (dengan) mudah serah (wilayah), mana boleh,” katanya.

Ditanya sama ada Dr Mahathir wajar dikenakan tindakan seperti disyorkan dalam laporan RCI, Perdana Menteri berkata: “Saya tak cadang apa-apa, itu serah kepada Peguam Negara”.

Kenyataan itu menyusul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, semalam turut menegaskan usul membahaskan laporan RCI itu bukan bertujuan mahu mendakwa mana-mana pihak.

Katanya, ia sebaliknya bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes itu.

Ujar Azalina lagi, usul itu mempamerkan kesediaan Kerajaan Madani untuk mendedahkan laporan berkaitan kes berkenaan kepada umum, berbanding keputusan membabitkan kes sama yang dimuktamadkan Kabinet terdahulu.

Mengulas dakwaan bahawa usul itu adalah alat untuk mendakwa Dr Mahathir, menteri berkenaan berkata, proses berkenaan hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat laporan polis dibuat ke atas Perdana Menteri ketujuh itu.

Beberapa wakil rakyat pembangkang pada sesi perbahasan berkaitan RCI itu di Dewan Rakyat semalam menyifatkan laporan terbabit lebih kepada dendam, malah ada mempersoalkan siasatan secara tertutup, khususnya terhadap Dr Mahathir, yang didakwa tidak diberikan akses penuh untuk mempertahankan diri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat