Adnan Yaakob dedah Ahmad Zahid akan bersara selepas kemudahan di Bagan Datuk dilaksanakan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob hari ini mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bersara selepas kemudahan dan pembangunan di Bagan Datuk dilaksanakan.

Memetik laporan Sinar, Adnan berkata, perkara itu pernah dizahirkan Ahmad Zahid sebelum ini.

“Beliau pun pernah kata hendak bersara dan sebelum itu mahu pastikan kemudahan di Bagan Datuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau dilapor berkata demikian ketika menyertai pentas Minggu Negarawan bagi mengupas tajuk Malaysia dan Kebebasan, di Putrajaya hari ini.

Menurut Adnan lagi, hubungannya dengan Ahmad Zahid tidak mempunyai sebarang masalah.

“Tak tahu nak kata apa (jangkaan persaraan Ahmad Zahid), sebab saya dengan beliau tiada apa hal.

“Saya doakan beliau sihat,” katanya.

Terdahulu, awal bulan lalu, Ahmad Zahid memberi bayangan mungkin akan bersara sebagai ahli politik apabila berkata kini di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 28 tahun lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat