Gesa laksana libat urus selesai tunggakan gaji pemain PUFC- Wan Zikri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Satu sesi libat urus perlu dilaksanakan melibatkan pengurusan Perlis United FC (PUFC), pemain dan wakil kerajaan negeri bagi membincangkan mengenai kemelut tunggakan gaji dua bulan yang masih belum dilunaskan sehingga kini.

Pengerusi Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan negeri, Wan Zikri Afhtar Ishak berkata, sesi libat urus berkenaan adalah bagi melihat mengenai permasalahan itu secara menyeluruh khususnya membabitkan perbelanjaan PUFC sepanjang tahun.

Beliau berkata, bagi pihak kerajaan negeri, sebanyak dua bantuan telah disalurkan buat PUFC pada tahun ini dalam meringankan bebanan untuk pembayaran gaji pemain terlibat.

“Untuk menjalankan sesebuah kelab atau persatuan bola sepak, kita kena ada hala tuju dan perancangan bagi menguruskan perbelanjaan dengan sebaiknya.

“Sebab itu saya minta Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk adakan libat urus bagi melihat perbelanjaan mereka (PUFC) sepanjang tahun sebab sampai sekarang maklumat itu adalah terhad,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kangar, lapor Utusan.

Sebelum ini, Wan Zikri turut menerima kunjungan daripada wakil PUFC ke pejabatnya bagi membincangkan mengenai isu kemelut tunggakan gaji yang dihadapi selama dua bulan itu.

Mengulas lanjut, Wan Zikri berkata, bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri buat PUFC sebelum ini adalah bertujuan bagi membolehkan persatuan itu bergerak dalam mencari pendapatan sendiri.

“Sebab itu kalau boleh saya nak jumpa semua dalam sesi libat urus urus tersebut memandangkan sekarang saya seperti dijadikan sasaran pula dalam hal berkaitan tunggakan gaji pemain ini.

“Kerajaan negeri boleh bagi idea kepada persatuan bagaimana untuk menjana duit tapi macam mana pun persatuan itu haruslah bergerak sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Zikri berkata, pihaknya mempunyai fokus bagi pembangunan bakat dan akar umbi di negeri ini dalam mengukuhkan sukan bola sepak di Perlis.

Tambah Wan Zikri, pihaknya tidak akan terlalu memberi penekanan bagi mengejar kemenangan pingat atau piala namun hanya memberi penumpuan terhadap pembangunan bola sepak.

“Kita memerlukan satu sistem pengurusan yang cekap jadi saya positif kita dapat melahirkan akar umbi yang hebat dari negeri ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat