Zahid pesan jaga imej parti, pejuang isu rakyat kepada menteri, timbalan menteri BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan semua ahli Kabinet Barisan Nasional (BN) dapat memainkan peranan sewajarnya memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan memperkasa agenda Malaysia Madani.

Timbalan Perdana Menteri itu berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil Barisan Nasional dan ahli kabinet yang lain untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara.

“Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan Barisan Nasional yang ditaklifkan amanah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

“Saya berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil Barisan Nasional dan ahli kabinet yang lain untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara,” katanya.

Zahid yang juga Presiden Umno menyeru mereka melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Bersama kita menjaga imej parti kerana kitalah yang menjadi representasi untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat.

“Semoga semua ahli Kabinet BN dapat memainkan peranan sewajarnya memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan memperkasakan agenda Malaysia Madani,” ujar Zahid.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, pertemuan bersama Zahid sebelum Mesyuarat Kabinet dengan semua Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN menitipkan amanat penting.

“Adalah supaya semua dapat melaksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh dan memastikan semua isu rakyat ditangani dengan sebaiknya.

“Hanya dengan prestasi kerja yang cemerlang mampu memastikan kerajaan Perpaduan akan mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat