Terima kasih petugas pusat media JaPen KKD

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Program ‘Setahun Bersama Kerajaan MADANI’ telah melabuhkan tirainya dengan kehadiran lebih 230,000 pengunjung dan kemuncaknya telah disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Seakan tiada serinya tanpa kehadiran pengamal media membuat liputan di sepanjang program yang berlangsung di situ. Namun tidak dilupakan petugas pusat media Jabatan Penerangan (JaPen) Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KKD) yang sedia membantu.

Pusat media yang dikendalikan oleh petugas JaPen KKD di sini memenuhi kriteria dan keperluan selesa disamping memudahkan pengamal media menjalankan tugas liputan.

Petugas di pusat itu bertungkus lumus dan bekerja keras membantu memberikan khidmat terbaik kepada pengamal media yang berkampung selama tiga hari di situ.

Petugas Pusat Media JaPen KKD Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Foto JaPen

Di pusat ini memberi keselesaan kepada pengamal media untuk menyediakan laporan berita yang menarik untuk dihebah dan dihidangkan kepada umum dengan lebih cepat.

Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Hj Suwadi Guliling berkata, petugas di pusat ini sedia menyampaikan maklumat sahih dan tepat berhubung perkembangan terkini program.

“Ini adalah perkhidmatan ditawarkan oleh JaPen agar pengamal media menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa,” katanya kepada pemberita SUARA TV.

Menariknya di sini disediakan pelbagai kemudahan seperti talian Internet, meja, kerusi, mesin pencetak dan beberapa keperluan lain khusus serta perkongsian foto (photo sharing) sepanjang program berlangsung.

Bukan itu sahaja, sarapan pagi dan makan tengahari dan running coffee turut disajikan dapat menghiburkan dan melapik perut.

Sebagai petugas barisan hadapan mereka mempunyai kepakaran dalam pengurusan media untuk menguruskan sidang media dan kawalan media. Ia bukan satu tugas yang mudah, memerlukan kemahiran, kemampuan untuk mengendalikannya.

Mereka telah memainkan peranan penting menyebarkan informasi memberi impak positif dan membantu melonjakkan visibiliti JaPen khususnya dan KKD amnya.

Tidak ramai yang tahu walaupun di belakang tabir, mereka berkorban masa dan tenaga. Bukan sekadar membantu malah mereka beretika semasa berurusan dengan pengamal media.

Sekalung penghargaan untuk mereka, agar terus melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terus meningkatkan amalan perhubungan media.

Yang elok itu budi, yang indah itu bahasa, ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa‘, terima kasih! petugas pusat media JaPen KKD. – SUARA TV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat