‘Saya lebih fikir reda Allah, Rasulullah SAW’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Zack Kool menjadi peserta kedua tersingkir pada program Hijrahkan Laguku (HL) selepas mendapat 55 markah.

Pada minggu keempat program terbitan TV Alhijrah itu, Zack yang menyanyikan lagu Aisyah Isteri Rasulullah dan Ya Rasulullah gagal menambat hati juri Fauzi Marzuki, Hazimin Inteam dan Ustaz Syamsul Debat.

Zack berkata, walau terpaksa meninggalkan HL dia berpuas hati dengan persembahannya sepanjang empat minggu dalam program itu.

“Sukar untuk saya nilai diri sendiri. Namun saya yakin, peminat dan penonton HL dapat melihat kesungguhan saya berdakwah menerusi bait lirik dan lagu. Saya bersyukur rezeki sampai di sini sahaja. Saya tidak berfikir langsung mengenai kegagalan menjadi juara pada kali ini. Saya lebih memikirkan reda Allah dan Rasulullah terhadap apa yang saya dakwahkan menerusi persembahan lagu.

“Apa dapat saya simpulkan, saya sudah buat yang terbaik. Sepanjang empat minggu bersama HL, saya berjaya sampaikan mesej mengenai taubat, istiqamah dalam perjuangan, kematian dan cintakan Nabi Muhammad. Semua ini saya lakukan menerusi lagu Bebas, Bisikan Kalbu, Tak Kekal Lama serta Aisyah Isteri Rasulullah dan Ya Rasulullah,” katanya.

Sementara itu, persembahan meruntun jiwa daripada Mark Adam dan PG Adam membuatkan suasana di studio TV AlHijrah sepi seketika. Penonton dilihat hiba, malah ada yang mengalirkan air mata apabila PG Adam menyampaikan lagu Untukmu Kasih dalam mengenang arwah ibunya yang meninggal dunia empat tahun lalu akibat kompilkasi jantung.

Pada episod itu, penyanyi Shahir Zawawi yang menyanyikan lagu Berharap Padamu bergelar peserta terbaik dengan mendapat 79 markah.

Penyingkiran Zack Kool menjadikan enam peserta lagi yang tinggal untuk terus berjuang di episod kelima bertemakan Laguku, Lagumu Jua pada minggu ini.

Program Hijrahkan Laguku dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri bersiaran pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

Siaran ulangan HL boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang. Manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis HL pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persiapan persembahan dan trivia para peserta boleh ditonton melalui liputan kapsul yang disiarkan setiap hari, jam 7.55 malam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat