Penampilan Alvin Chong pilihan jenama antarabangsa

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon Alvin Chong dipilih menjadi wajah kempen jam antarabangsa, Longines sebagai rakan jenama mereka di sini.

Alvin yang disifatkan memiliki personaliti menawan dan melambangkan cogankata jenama itu, ‘Elegance is an Attitude’ antara sebab utama dia menjadi pilihan.

“Saya bangga dapat berkongsi nilai kami yang sama dengan seluruh dunia. Ia satu penghargaan besar dapat menyertai keluarga Longines yang penuh dengan nama besar dunia lakonan dan sukan seperti Eddie Peng. Saya benar-benar teruja dengan kerjasama ini.

“Bagi memulakan kerjasama ini, saya terbabit dalam beberapa siri kempen mereka. Pertama saya memakai koleksi The Longines Master dan The Longines Legend Diver Watch yang menampilkan rekaan lebih lasak namun masih bergaya dan berkarakter moden. Selain itu saya juga akan muncul dalam beberapa aset komunikasi yang merentas saluran jenama ini,” katanya.

Alvin yang bermula sebagai penyanyi turut terbabit dalam beberapa drama popular antaranya Suri Hati Mr Pilot, Awak Suka Saya Tak dan Takdir Yang Tertulis sekaligus menaikkan namanya dalam bidang lakonan.

Bagi kerjaya nyanyian pula, Alvin yang fasih dalam banyak bahasa sudah merakam lagu dalam bahasa Cina, Malaysia dan Inggeris sudah membuat persembahan di luar negara seperti Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat