‘Projek kawan-kawan’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jarang melakonkan watak komedi mendorong Tiz Zaqyah menjayakan drama bersiri, Isteri Misteri, iaitu projek kerjasama antara Primeworks Studios dan Viu.

Membawa watak isteri pertama dikenali sebagai Emma, Tiz menerima tawaran produksi tanpa berfikir panjang.

“Saya teruja apabila mendapat tahu kawan-kawan berlakon sama.

“Kisahnya, saya tidak pernah bekerja dengan mereka walaupun sudah lama menjalin persahabatan.

“Melainkan Sharnaaz Ahmad, teman lain, kami tidak pernah berlakon sama,” katanya kepada BH Online.

Dalam drama Isteri Misteri, selain Sharnaaz, Tiz digandingkan dengan Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan Azar Azmi.

Disebabkan kawan-kawan, Tiz berani menerima tawaran biarpun genre komedi bukanlah kekuatannya.

Pada masa sama, Tiz mahu memberikan kelainan dalam profil lakonannya.

 

Tidak sukar buat Tiz Zaqyah melakonkan watak komedi kerana dirinya ‘gila-gila’ dan santai. - Foto IG Tiz Zaqyah
Tidak sukar buat Tiz Zaqyah melakonkan watak komedi kerana dirinya ‘gila-gila’ dan santai. – Foto IG Tiz Zaqyah

 

“Ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Viu. Saya mahu cuba sesuatu yang baharu kerana kita tahu, produk terbitan Viu semuanya berbeza.

“Produk Viu tidak seperti drama Melayu di televisyen (TV) dan mutunya lebih tinggi. Malah, drama ini ada jalan cerita dan karakter yang membuatkan keseluruhan siri ini menghiburkan,” katanya.

Tiz berkongsi keseronokan bekerja di lokasi kerana semua pelakon berperangai ‘gila-gila’.

“Antara cabaran utama kami di lokasi penggambaran adalah untuk menahan ketawa sebab masing-masing ‘gila-gila’.

“Hendak kata semua pelakon komedi, tidak juga. Kami semua pelakon serius. Tetapi apabila berada di lokasi penggambaran, semuanya jadi ‘gila-gila’.

“Itulah keseronokan apabila berlakon dengan kawan-kawan. Keserasian itu tidak susah dicari, mudah sahaja dan kami selesa membawa karakter masing-masing,” katanya.

Tiz mengaku tidak susah melakonkan watak komedi kerana dirinya ‘gila-gila’ dan santai.

Mengulas mengenai jalan cerita Isteri Misteri, drama itu mengisahkan lelaki yang mengamalkan poligami.

“Saya melakonkan watak Emma, isteri pertama kepada Rizal yang dilakonkan Sharnaaz.

“Apa yang menarik, setiap watak memberi impak kepada jalan cerita. Semua orang patut tonton drama ini kerana ada macam-macam plot menghiburkan dan tidak membosankan.

“Malah, dalam episod pertama, sudah ada rencah sedih dan gembira,” katanya.

Isteri Misteri berkisar Rizal yang menjadi idaman wanita materialistik. Kisah bermula apabila salah seorang daripada isterinya berkomplot membunuh Rizal.

Drama komedi 10 episod itu ditayangkan di TV3 dan Viu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat