Konsert Malam Galau ST12 gegarkan Zepp Kuala Lumpur ‘FullHouse’

- Advertisement -

Konsert Malam Galau ST12 mendapat sambutan yang bergitu hebat sehingga tiket habis dijual dan Zepp Kuala Lumpur dipenuhi dengan peminat yang bersorak dan bernyanyi bersama pada malam 10 November lepas.

Konsert yang dibawa secara eksklusif oleh My Legacy Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Laskhar Entertainment telah menarik seramai 3,000 peminat yang hadir untuk menikmati Malam Galau dan ST12 Concert In Kuala Lumpur.

ST12 yang dianggotai oleh pemain dram, Pepep atau nama sebenarnya, Ilham Febry dan Indra Gunawan atau Indra (bass) mengatakan yang konsert pada kali ini bergitu istimewa buat mereka kerana berpeluang kembali beraksi di Kuala Lumpur.

Konsert ini merupakan Kolaborasi pengiat seni serumpun apabila berjaya satukan pengkarya muzik dua negara menerusi kerjasama bersama Malam Galau. Antara artis-artis Malam Galau yang membuat persembahan adalah Syafiq Abdilah, Kazim Band, Aufahanie dan akhir sekali adalah Drama Band yang telah memberi persembahan cukup bertenaga dan menghangatkan suasana pada malam itu.

Giliran St12 menguasai pentas telah menampilkan Aris Idol dan Firman Siagian sebagai vokalis untuk konsert tersebut, malah telah membawa penyanyi popular Malaysia, Hazama untuk turut beraksi bersama. Persembahan kumpulan dari St12 bergitu bertenaga dengan rangkaian seleksi lagu- lagu hit mereka seperti Puspa, Jangan Pernah Berubah, Putri Iklan, Putih-putih Melati ,Isabella dan banyak lagi.

Aris Indonesia Idol mendendangkan sembilan buah lagu antaranya Puspa, cukup sampai disini, jangan pernah berubah, cinta tak harus dimiliki, biarkan jatuh cinta dan putri Iklan.

ST12 juga telah bersolidariti bersama rakyat palestin yang ditindas oleh kekejaman zionis Isreal dengan mendendangkan sebuah lagu khas menerusi lagu KebesaranMu disamping tayangan visual peperangan di skrin LED.

Giliran Firman yang mendendangkan lagu Cari Pasal Lagi, Saat Terakhir, Kepingan Hati, Kehilangan, Putih- Putih Melati, Aku Masih Sayang dan Isbabella. Firman juga telah menyanyikan lagu Tiara yang disertai oleh penyanyi popular Malaysia iaitu Hazama dan seterusnya Hazama menyanyikan single terbaru hasil kerjasama antara ST12 dan Hazama berjudul Harapan Tidak Kunjung Usai.

Di dalam sidang media sebelum konsert bermula Hazama mengatakan “Konsert ini adalah peluang untuk mempromosikan lagu single terbaru berjudul Harapan Tidak Kunjung Usai yang julung- julung kali yang dipersembahkan di konsert” single terbaru itu adalah hasil kolaborasi serumpun oleh Luncai Emas, Dua Suara Media, ST12 dan Hazama.

Ditanya apakah perbezaaan setelah Charley tiada dari ST12,” St12 tetap move on dan tetap berkarya, jika saya tiadapun ST12 masih boleh berkarya buat peminat muzik, siapapun vokalisnya siapapun didalam St12 tetap berkarya, saya cuba mengubah mindset seperti itu dengan mengambil contoh di Eropah yang telah banyak berlaku bergini, Ujar Pepep”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat