PH dan PN Tak Layak Bantah Pembubaran Parlimen – Warisan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diterima semua pihak termasuk Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), lapor FMT.

Loretto Padua berkata, PN dan PH tidak layak membantah keputusan itu kerana merekalah yang telah “menyerahkan baton” untuk pemimpin daripada UMNO menjadi Perdana Menteri.

“Secara ringkas, kuasa terletak pada UMNO, jadi mana-mana parti yang menyokong UMNO sebelum ini, mereka tidak layak untuk bantah, lainlah kami (Warisan) sebagai pembangkang.

“Sekarang kuasa terletak pada UMNO, jadi parti-parti yang menyokong Umno untuk mereka berkuasa, mereka tidak layak untuk bantah. Mula-mula sokong tapi sekarang bantah pasal banjir lah dan lain-lain.

“Dalam Perlembagaan Malaysia, kuasa (pembubaran Parlimen) terletak pada Perdana Menteri, jadi untuk Warisan, apa yang kami boleh buat hanya bersedia, kami harus fikir macam mana mahu meneruskan pilihan raya umum ke-15 dalam keadaan begini (musim banjir),” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Menurut pemimpin Warisan itu lagi, selain parti dalam kerajaan, PH juga tidak layak untuk “membuat bising” serta membantah pembubaran Parlimen hari ini kerana mereka juga telah menyokong Ismail dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU).

“Mereka juga yang menyebabkan Ismail jadi PM, mereka yang letakkan ‘baton’ untuk UMNO,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Warisan telah bersedia sejak tahun lalu untuk menghadapi PRU15, kerana kerajaan yang memerintah negara tidak pernah stabil sejak kejadian Langkah Sheraton pada Mac 2020.

“Kami sudah tunggu dari tahun lalu kerana kerajaan ini tidak pernah stabil, bagi kami pilihan raya perlu diadakan sebelum musim tengkujuh.

“Pilihan raya juga perlu diadakan kerana kerajaan sekarang adalah kerajaan “pintu belakang” dan bukannya mandat daripada rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat