Lima Warga Filipina Ditahan, Cubaan Seludup Minyak Masak Subsidi Digagalkan

- Advertisement -

KUDAT – Kelicikan lima lelaki warga Filipina cuba menyeludup keluar 4,624 paket minyak masak bersubsidi gagal apabila dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, semalam.

Tangkapan dan rampasan oleh anggota PPM Wilayah Empat Lahad Datu dilakukan di kawasan tepi pantai Kuala Sungai Sahabat Desa Kencana, jam 1.30 petang.

Serbuan yang dijalankan ke atas sebuah pondok ditempat kejadian berjaya menahan lima lelaki warga Filipina tanpa dokumen pengenalan diri berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Rampas membabitkan 4,624 paket minyak masak bersubsidi itu dipercayai cuba diseludup ke Filipina.

Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM11,560.

Tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada KPDNHEP cawangan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan barangan rampasan berkenaan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat