DAP Tak Gembira Parlimen Dibubarkan

- Advertisement -

IPOH – DAP Perak tidak gembira dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berkata, pembubaran itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana dilakukan setelah belanjawan dibentangkan tanpa diluluskan.

Menurutnya, keadaan itu juga menggambarkan kerajaan pimpinan BN dan Perikatan Nasional (PN) tidak sensitif dengan situasi semasa rakyat menghadapi banjir selain persiapan perayaan masyarakat India menyambut Deepavali.

Berbanding dengan tindakan tidak waras itu, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terus fokus dengan usaha membantu mangsa banjir.

“PH mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, bukan kemaruk kuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, M Kulasegaran pula berkata, pembubaran Parlimen itu jelas menunjukkan keutamaannya adalah menang dengan majoriti yang lebih besar untuk membentuk kerajaan seterusnya dengan apa jua cara.

“Saya menggesa rakyat Malaysia untuk menghukum kerajaan atas tindakan tidak bertimbang rasa dan pentingkan diri ini,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat