PM patut dapatkan persetujuan parti komponen sebelum bubar – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Walaupun Perdana Menteri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan daripada parti komponen perlu diambil kira.

Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya menyalahkan 12 Menteri dari Perikatan Nasional (PN) kerana mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pilihan raya awal.

“Wahai Perdana Menteri. Tak usahlah salahkan PN 12.

“Walaupun Perdana Menteri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran pengetahuan dan persetujuan daripada parti komponen perlu diberi perhatian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dr Mahathir sebaliknya menyatakan sememangnya Umno yang berkehendakkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) segera.

“Memang pun Umjo yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” bidasnya.

Semalam Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan, tindaka
12 Menteri PN mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menolak pilihan raya sebelum ini adalah keputusan parti.

Katanya surat itu ditandatangani selaras keputusan PN yang tidak mahu mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat