Jika Najib dibebaskan sebelum penamaan calon boleh tanding – Umno Pekan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara lima calon yang disenaraikan Umno Pekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bekas pemimpin itu masih berpeluang bertanding sekiranya beliau berjaya dalam permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.

Lapor Sinar Harian menurut Zamri, sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada beliau dan ditakdirkan bebas sebelum penamaan calon, beliau masih layak bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen itu.

“Jadi tiada masalah bagi Umno Pekan untuk menyenaraikan nama beliau (Najib) dalam senarai calon untuk PRU15 ini,” katanya.

Sementara itu Zamri berkata, Umno Pekan tidak berhasrat meletakkan anak sulung Najib, Datuk Nizar Najib atau anak perempuannya, Nooryana Najwa di kerusi Parlimen itu.

Menurutnya, sebagai Ketua Pemuda Pekan, Nizar digalakkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Nooryana pula tidak aktif berpolitik jadi mungkin belum masanya namanya dicalonkan,” katanya.

Selain Najib, empat lagi calon yang disenaraikan tidak didedahkan.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri itu dalam kes SRC International Sdn Bhd pada 23 Ogos lalu.
Keputusan itu menjadikan beliau sebagai bekas Perdana Menteri pertama dihukum penjara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat