Empat Konsesi PROLINTAS Kurangkan Kadar Tol

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat buah syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian PROLINTAS dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, ini sebagai menandakan keprihatinan terhadap masalah rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Jelas beliau, lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang – KL (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“Ia akan berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam 20 Oktober 2022.

“Manakala, pengurangan kadar tol bagi Lebuh Raya LEKAS dan BESRAYA di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023,” katanya di Plaza Tol Denai Alam pada Khamis.

Selain itu, Ismail Sabri juga memberitahu dalam usaha menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong, kerajaan akan membina lorong tambahan dan satu terowong baru di Genting Sempah.

Pada masa yang sama, beliau juga mengumumkan kerja-kerja tebatan banjir di lebuhraya LPT1 juga akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang seringkali berlaku di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

“Kesemua kerja-kerja penambahbaikan yang telah saya maklumkan itu, mengambilkira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

“Melalui penstrukturan terbaru ini, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat.

“Pengguna lebuh raya bakal pula dapat menikmati kadar tol yang lebih rendah sekali gus dapat meringankan beban kos sara hidup,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat