Pelaksanaan Program URUS Bantu Peminjam B50 Terbawah – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan sektor perbankan akan melaksanakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) dalam usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah (B50).

Perdana Menteri berkata, URUS yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat itu adalah program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman komprehensif dan akan ditawarkan kepada pelanggan B50 yang terjejas.

Menurutnya lagi, program itu telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan turut merangkumi kemudahan kepada peminjam kategori isi rumah B40 yang berpendapatan kasar kurang daripada RM5,880 sebulan.

Antara kemudahan yang ditawarkan ialah pengecualian faedah selama tiga bulan dan pengurangan bayaran ansuran untuk tempoh sehingga 24 bulan termasuk pengurangan kadar faedah.

“Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman atau pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

“Butiran selanjutnya mengenai program URUS akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.

“Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan kerajaan sejak Mac 2020.

“Kerajaan berharap dengan pendekatan whole-of-nation dan penyatuan usaha seluruh rakyat Malaysia, kita mampu merealisasikan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat