Kes Covid-19 Semakin Turun, Desakan Percepat Vaksinasi Adalah Tepat – Ahmad Zahid

- Advertisement -

PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penurunan drastik kadar jangkitan Covid-19 membuktikan usaha merombak pentadbiran kerajaan terdahulu adalah tepat.

Beliau berkata, perkembangan itu juga secara tidak langsung membuktikan sememangnya tiada keperluan untuk negara menggantung demokrasi bagi membendung penularan Covid-19.

“Kita terus berusaha dan berdoa agar wabak yang meragut hampir 30,000 nyawa rakyat sejak Mac 2020 adalah terkawal.

“Perkembangan ini juga secara tidak langsung membuktikan usaha merombak pentadbiran kerajaan terdahulu adalah tepat dan tiada keperluan pun untuk negara menggantung demokrasi.

“Tanpa kerajaan diberi kuasa mutlak sekali pun, penularan wabak dapat dikurangkan kerana yang penting adalah vaksinasi.

“Oleh kerana itu, selain menggesa total lockdown dilaksanakan semasa kes memuncak, kita kuat mendesak vaksinasi dipercepatkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kadar jangkitan yang mengalami penurunan drastik daripada 10,915 kes pada 2 Oktober kepada 6,709 kes pada 11Oktober lepas.

Menurut Ahmad Zahid, desakan vaksinasi itu juga adalah demi kemaslahatan rakyat, tetapi berkemungkinan segelintir pihak agak overthinking ketika itu kerana keterlaluan memikirkan sudut politik.

“Kerana itu juga kita percaya jika lebih awal program vaksinasi dipergiatkan, mungkin sudah lama rakyat dapat dibenarkan merentas negeri bertemu insan tersayang.

“Walau apa pun perkara yang berlaku, jadikan sebahagian daripada sejarah yang tidak akan sama sekali kita lupakan.

Tambah beliau, mereka yang terkorban sentiasa dalam ingatan kita dan ia perlu dijadikan sejarah hitam sebagai iktibar masa hadapan.

“Bersama saling menginsafi apa yang terjadi meskipun dalam keseronokan pulang ke kampung halaman agar kita sentiasa prudence dan berhati-hati,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat