Kumpulan Pertama Jemaah Umrah Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci Hari Ini

- Advertisement -

SEPANG – Setelah hampir dua tahun terkandas, kumpulan pertama bakal jemaah umrah dari Malaysia mula berlepas ke Tanah Suci di Arab Saudi hari ini bagi menunaikan ibadah itu.

Mereka terdiri daripada sembilan orang peserta selain dua petugas dari agensi umrah dan ziarah terkenal tempatan, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. yang berpangkalan di Putrajaya.

Ketua Pegawai Operasinya, Zulpakar Pahmi Mohamad berkata, mereka menaiki pesawat Saudia Airlines penerbangan SV 0787 bertolak ke Jeddah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 7.50 malam.

“Kumpulan itu akan berada di sana selama 10 hari 13 malam dengan memasuki Madinah terlebih dahulu sebelum diberi kebenaran bergerak ke Makkah untuk umrah sekali sahaja.

“Terima kasih Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia beri peluang kepada agensi pengendali umrah untuk bernafas semula,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Pelepasan KLIA di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulpakar berkata, agensi itu telah melakukan persiapan awal lebih setahun lalu malah sentiasa mengemas kini segala perkembangan dan pengumuman terkini kerajaan.

“Kami juga memang ada beberapa staf tetap di Tanah Suci bersiap siaga menyantuni bakal jemaah selain pejabat kami di seluruh negara tetap beroperasi sejak tahun lepas,” katanya.

Bagaimanapun, disebabkan panggilan saat-saat akhir, hanya sembilan peserta ‘menyahut seruan’ dan kumpulan penerbangan yang berikutnya pula dijadualkan 20 Oktober depan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat