PKPD Ladang Bera Selatan 5 dan 7 Tamat Esok – MKN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu lokaliti di Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, lokaliti itu sebelum ini dikenakan PKPD pada 6 Oktober lalu.

“Selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung situasi di kawasan berkenaan, MKN memutuskan untuk menamatkan PKPD di lokaliti terbabit.

“Lokaliti yang ditamatkan ialah Ladang Bera Selatan 5 dan 7 di daerah Bera. Lokaliti berkenaan ditamatkan lebih awal seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang pelaksanaan PKPD dan pelanjutan PKPD di mana-mana lokaliti di negara hari ini.

“Orang ramai diminta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat