Syarikat Vietnam Sumbang Lima Mesin ATM Beras Kepada Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak lima Mesin Automatik Mudah Alih (ATM) beras disumbangkan Syarikat PHGLock dari Vietnam kepada Kerajaan Malaysia bagi membantu aktiviti agihan beras secara percuma untuk golongan memerlukan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haslina Abdul Hamid berkata sumbangan yang diterima itu hasil kerjasama antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Vietnam dan PHGLock.

“Syarikat PHGLock yang pemiliknya merupakan rakyat Malaysia dari Johor telah menyatakan hasrat kepada pejabat MATRADE di Vietnam untuk menyumbangkan mesin ATM beras kepada Kerajaan Malaysia.

“Lanjutan perbincangan bersama, FAMA telah menyelaras urusan logistik untuk membawa masuk lima unit mesin ATM beras ke Malaysia dan diserahkan kepada Sekretariat Food Bank Malaysia untuk mengoperasikan mesin itu di lokasi terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dua mesin ATM beras di Rumah Prihatin di Hotel Grand Season hari ini yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin Datuk Irwan Rizal Mohd Ali Napiah.

Haslina berkata mesin ATM beras yang berkapasiti 500 kilogram itu berupaya untuk mengendalikan agihan kepada 200 penerima dalam satu-satu masa. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat