Hari Ini Tiada Siapa Yang Kalah atau Menang, Kata Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk.Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya menyerahkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan selepas beliau menghadap baginda pagi tadi.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau telah mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh ahli-ahli Parlimen yang menyokongnya.

“Kini bukanlah masa untuk merayakan kemenangan sesiapa atau menangisi kekalahan sesiapa.

“Tidak ada kemenangan atau kekalahan kepada sesiapa pun hari ini. Kemenangan sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur, adil dan harmoni untuk seluruh rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan selepas sidang medianya tengahari tadi.

Untuk rekod, kenyataan Istana Negara menyebut, dalam pertemuan selama 25 minit itu, Anwar hanya mempersembahkan jumlah Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau namun tidak memberitahu senarai nama untuk mengukuhkan dakwaan tersebut. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat