SOP dan Senarai Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Di Kawasan Terlibat PKPB

- Advertisement -

PETALING JAYA – Kerajaan semalam mengumumkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan secara terperinci SOP PKPB itu.

Antara SOP dipersetujui adalah seperti berikut:

Kawalan Pergerakan

  • Polis bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
  • Hanya 2 orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan lain.
  • Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
  • Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri melibatkan kawasan PKPB tidak dibenarkan kecuali kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jenazah di luar daerah tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada polis.
  • Pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja sah atau surat kebenaran majikan.
  • Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.
  • Kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
    Bagi yang perlu melalui Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.
  • Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui KLIA, klia2 dan Subang, juga perlu mendapatkan kebenaran daripada polis.
    Aktiviti Ekonomi dalam kawasan PKPB

Semua aktiviti perniagaan, ekonomi dan industri boleh beroperasi.

  • Restoran, kedai/gerai makan, kenderaan bersaji (food truck), penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera/pusat penjaja, gerai makan tepi jalan/kiosk, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.
  • Pembelian makanan digalakkan secara pandu lalu, penghantaran (delivery) atau take-away sahaja. Bagaimanapun makan di premis makanan (dine in) dibenarkan namun terhad kepada 2 orang 1 meja dengan pematuhan SOP Sektor Makanan.
  • Operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 2 petang sahaja.
  • Operasi pasar borong antara 4 pagi hingga 2 petang sahaja.
  • Operasi pasar tani antara 6 pagi hingga 12 tengah hari.
  • Operasi pasar malam antara 4 petang hingga 10 malam.
  • Bagaimanapun operasi pasar tani dan pasar malam perlu mematuhi SOP ketat yang ditetapkan dan perlu dengan pengawasan anggota RELA.
  • Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 10 malam (kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).
  • Perkhidmatan pengangkutan awam seperi bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/e-panggilan dibenarkan beroperasi.
  • Perkhidmatan teksi/e-panggilan, (maksimum hanya 2 orang penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi
    dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
  • Bagi kenderaan membawa pekerja, mereka boleh membawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.

Perubatan dan Kesihatan

  • Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam.
  • Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8 pagi hingga 11 malam.

Sektor Ekonomi dan Industri

  • Aktiviti sektor ekonomi dan industri di kawasan PKPB berjalan seperti ditetapkan dengan pematuhan SOP ditetapkan.
  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan, perkilangan yang dibenarkan boleh beroperasi seperti biasa termasuk merentas daerah dan negeri.

Perikanan, Perladangan dan Pertanian

  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.

Pelabuhan dan Lapangan Terbang

  • Aktiviti dan perkhidmatan di semua lapangan terbang dan pelabuhan dibenarkan beroperasi.

Aktiviti Keagamaan

  • Mesyuarat bersetuju mencadangkan bagi mengimarahkan masjid untuk membenarkan azan dan mendirikan solat 5 waktu dengan kehadiran 6 orang jemaah yang ditentukan oleh jawatankuasa masjid termasuk imam.
  • Manakala pengurusan dan petugas di semua rumah ibadat bukan Islam dibenarkan seramai 6 orang sahaja.
  • Bagaimanapun cadangan itu akan dibawa kepada Jakim dan pihak berkuasa agama Selangor untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor untuk diperkenankan.
  • Keputusan lanjut akan diumumkan oleh Jakim dan pihak berkuasa agama Selangor dalam masa terdekat.

Aktiviti riadah, rekreasi dan budaya

  • Semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya tidak dibenarkan.
  • Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub, pusat rekreasi, taman tema, indoor playground dan panggung wayang tidak dibenarkan.

Aktiviti Sukan

  • Aktiviti sukan secara individu, e-sports, sukan yang tidak bersentuhan dan sukan outdoor yang tidak melebihi 10 orang dibenarkan.
  • Aktiviti kolam renang, bersentuhan fizikal, sukan bertempur dan penganjuran sukan/kejohanan tidak dibenarkan.
  • Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan melibatkan peserta dari luar negeri tidak dibenarkan.
  • Bagi proram latihan berpusat yang sedang dilaksanakan Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Negeri-negeri boleh diteruskan secara Quarantine Based Approach seperti dilaksanakan di Kompleks Majlis Sukan Negara Bukit Jalil dan Keramat, Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara dan Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan.

Pendidikan

  • Institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup.
  • Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran.

Seminar/bengkel/persidangan

  • Seminar/bengkel/kursus/latihan persidangan/ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan.
  • Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja.

Mesyuarat

  • Mesyuarat perlu diadakan secara sidang video manakala mesyuarat secara bersemuka tidak digalakkan.

Penganjuran majlis keramaian

  • Majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta, majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, “reunion” dan lain-lain majlis sosial tidak dibenarkan.

Pelancongan

  • Semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan. – FMT
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat