Isu mahkamah, Zarina Anjoulie selesa kongsi dengan netizen

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Tiga hari lepas semasa sesi siaran langsung di Instagram saya memang cakap akan ke mahkamah hari ini. Saya tidak mahu tipu ‘followers’ (pengikut).”

Itu kata pelakon Zarina Anjoulie berhubung pertuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Zarina berkata, dia berasa lebih selesa apabila dapat berkongsi dan bersikap telus kepada orang ramai terutama pada netizen dan ‘followers’.

“Apa pun saya nak berterima kasih pada ‘followers’ kerana sentiasa memberikan sokongan. Saya tidak menjangka mereka tetap ada bersama saya selain masih memberikan kata-kata semangat. Terharu saya dibuatnya.

“Saya memang tak nak sorok pun mengenai perbicaraan kes ini. Saya nak lalui ini tanpa berahsia. Saya lebih selesa untuk bersikap telus dan berkongsi pada semua. Bagi saya mudah, apa saja berlaku saya beritahu terus. Saya bukan nak bangga. Kalau tanya tak berasa malu kah, mestilah malu. Tapi saya nak jujur,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu Zarina diwakili peguam Ahmad Faiz Munawar dari Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dan Fadhli Sutris dari Tetuan Fadhli Sutris & Associates.

Menerusi perbicaraan itu, Zarina mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan untuk serahan dokumen daripada pihak pendakwan kepada pasukan pembelaan.

“Saya ada pasukan peguam yang bagus. Insya-Allah, doakan semoga kes ini dapat diselesaikan. Terima kasih sekali lagi pada netizen dan ‘followers’. Sebenarnya, mereka boleh saja pilih tak sokong saya, tapi sebaliknya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat