Olivia Rodrigo, Justin Bieber menang besar

- Advertisement -

New York: Penyanyi Olivia Rodrigo, 18, dan Justin Bieber, 27, menjadi artis paling bersinar apabila memenangi beberapa trofi di MTV Video Music Awards 2021 yang berlangsung di Barclays Center, Brooklyn, di sini, hari ini.

Rodrigo membawa pulang trofi utama Artis Baharu Terbaik, Lagu Terbaik menerusi Drivers License, dan Persembahan Push Terbaik (Drivers License).

Manakala, Bieber merangkul trofi Artis Terbaik dan Pop Terbaik menerusi lagu Peaches bersama Daniel Caesar dan Giveon.

Tidak ketinggalan, Lil Nas X turut unggul apabila menang Video Terbaik, Arahan Terbaik, dan Kesan Visual Terbaik menerusi lagunya berjudul Montero (Call Me By Your Name).

Demikian juga Silk Sonic tidak pulang hampa apabila menang trofi R&B Terbaik dan Suntingan Terbaik untuk lagu Leave the Door Open.

BTS dari Korea Selatan pula dinobatkan Kumpulan Terbaik dan K-Pop Terbaik.

Edisi tahun ini menampilkan penyanyi Doja Cat sebagai pengacara utama.

Legenda Madonna dan Jennifer Lopez juga turut hadir sempena segmen khas meraikan ulang tahun ke-40 penerbitan MTV.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat