BN akan letak calon pada PRK Dun Mahkota – Ahmad Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ser Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Mahkota.

Katanya, BN akan bersiap siaga menghadapi PRK itu.

“Oleh kerana kerusi terbabit diperuntukkan kepada BN, parti itu akan mengadakan perbincangan Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Keputusan akan dibawa ke dalam mesyuarat sekretariat Kerajaan Perpaduan.

“Kita tahu DUN Mahkota adalah kawasan yang agak berpotensi untuk terus kita menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan Bilangan 3 Tahun 2024 di ibu pejabat SME Corp Malaysia, lapor Sinar Harian, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy.

Jelas Zahid lagi, persefahaman yang menjadi formula Kerajaan Perpaduan itu adalah kerusi yang diwakili mana-mana parti itu harus diserahkan atau ditandingi semula oleh parti tersebut.

“Jadi saya tidak mahu kenyataan-kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin besar atau kecil, menuntut mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu atau mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi sebaliknya,” tambahnya.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada PRN Johor yang diadakan pada Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon BN menang kerusi DUN Mahkota dengan 16,611 undi dan mencatatkan majoriti sebanyak 5,166.

Beliau menewaskan calon PH, Taqiuddin Cheman yang memperoleh 11,445 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan pula meraih 7,614 undi manakala calon WARISAN, Mohamed Noor Suleiman mendapat 555 undi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat