Rakyat tolak gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu Anwar, Zahid

- Advertisement -

SHAH ALAM — “Maka benarlah pilihan raya negeri ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, jelas Presiden Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta.

“Kejayaan PN mempertahankan negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu dengan suatu kemenangan yang besar membukti sokongan padu pengundi-pengundi Melayu kepada PN.

“PN juga berjaya memenangi kerusi campuran seperti Kulim dan kerusi majoriti kecil Melayu seperti Derga yang menunjukkan bahawa Perikatan Nasional turut mendapat sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu.

“Ini membuktikan penolakan besar-besaran orang melayu dan termasuk juga masyarakat bukan melayu terhadap gabungan politik rapuh dan perpaduan palsu yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi,” katanya katanya pada sidang media PN di Hotel Concorde di sini semalam.

Dalam majlis yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada 146 calon Perikatan Nasional yang telah memenangi pilihan raya ini.

“Ini adalah satu pencapaian yang memberangsangkan kepada Perikatan Nasional yang bertanding sebanyak 245 kerusi.

“Ini bermakna Perikatan Nasional telah memenangi sebanyak 60% kerusi yang ditandingi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat