Covid-19: Ibu Hamil Dinasihat Dapatkan Suntikan Vaksin Segera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Banyak data yang menunjukkan bahawa vaksinasi adalah selamat ketika proses kehamilan dan penyusuan.

Selain itu tiada bukti kecacatan pada bayi selepas menerima suntikan vaksin kata Persatuan Obstetrik dan Ginekologi.

Pemegang Amanah Persatuan Obstetrik dan Ginekologi, Dato Dr Alex Mathews, Datuk Dr Aziz Yahya, Dr Johari Bux, Dr Gunasegaran Rajan dan Dr Ng Kwee Boon dalam kenyataan berkata kesan sampingan dalam kalangan ibu jarang berlaku dan ia adalah sama dengan mereka yang tidak hamil.

Katanya terdapat potensi penurunan risiko kelahiran pramatang dan kelahiran mati jika seorang ibu dijangkiti COVID-19 selepas divaksin

Sehubungan itu, mereka menasihatkan ibu yang hamil mengambil suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin.

“Lebih baik mengambilnya selepas 12 minggu kehamilan tetapi dalam keadaan berisiko tinggi seperti bagi kebanyakan populasi hamil di Malaysia, keseimbangan risiko adalah lebih selamat jika diambil pada bila-bila masa kehamilan.

“Ia juga selamat jika anda menyusukan dan tidak perlu berhenti berbuat demikian. Sekiranya anda merancang untuk hamil, yakinlah bahawa ia selamat dan tidak perlu menunda kehamilan.

“Sekiranya anda belum menerima vaksin, hubungi doktor secepat mungkin. Anda juga boleh berbincang dengan doktor mengenai masalah anda sekiranya ada,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan.

Persatuan itu berkata, beberapa kebimbangan mengenai vaksinasi atau ubat-ubatan yang diambil oleh ibu ketika mengandung dan menyusui adalah amat difahami.

Ia berkata, semua vaksin selamat untuk ibu hamil dan vaksin mRNA pada masa ini mempunyai data keselamatan terbesar.

Katanya, kerajaan mengutamakan ibu hamil sebagai keutamaan dalam Program Imunisasi Nasional dan melancarkan Pfizer-Comirnaty (mRNA) untuk wanita dalam kategori itu.

“Terdapat lebih banyak pusat vaksinasi pada masa ini dan mereka mengikuti SOP ketat yang menjadikan ibu hamil selamat untuk mengunjunginya,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat