Tajuddin Dipecat Dari Pengarah Pilihan Raya UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan media, Presiden UMNO melantik Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan menggantikan Ahli Parlimen Salak tersebut.

Pemecatan Tajuddin dipercayai akibat beberapa kenyataan yang dilihat menentang usaha menjatuhkan kerajaan pada masa sekarang. Rakaman ucapan Tajuddin dalam Mesyuarat MT UMNO yang mendedahkan usaha kerjasama dengan Anwar Ibrahim turut memberi kesan buruk kepada Ahmad Zahid.

Sementara iru dalam kenyataan media yang dikeluarkan Ahmad Zahid mendakwa perubahan tersebut bagi tujuan penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.

“Dengan kedudukan YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen Barisan Nasional.”

UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat