HONOR Earbuds 2 Lite dilabelkan ‘Peneman Penstriman Muzik Terbaik’ oleh JOOX

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 13 Julai 2021 – Menumpu dalam menghasilkan muzik tulen, pembatalan hingar aktif (ANC) dan hayat bateri lebih lama, HONOR Earbuds 2 Lite dilabelkan sebagai fon telinga terbaik oleh JOOX dan juga ‘peneman’ penggemar muzik.

Sebagai generasi baru fon telinga Stereo Tanpa Wayar Sebenar (TWS), HONOR Earbuds 2 Lite mengetengahkan tiga sorotan utama iaitu hayat bateri 32 jam, ANC dan pengecasan pantas. Fon telinga ini adalah ‘teman sejati’ siri baru telefon pintar HONOR 50 yang akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Gaya mewah, ringan, bateri tahan lama

Didatangkan dalam rekaan kecil, bergaya dan ergonomik, fon telinga ini boleh dipakai untuk tempoh yang lama. Ia sangat ringan membuatkan anda seakan tidak merasainya di telinga! Fon telinga ini dipadankan dengan bateri berkapasiti besar dan penggunaan tenaga rendah agar penggemar muzik boleh memutar lagu selama 32 jam. Dengan HONOR Earbuds 2 Lite, anda boleh ‘melayan’ lagu tanpa gangguan selama 10 jam dengan hanya sekali pengecasan. JOOX mempunyai 40 juta koleksi muzik dan ini memberi pengalaman menstrim muzik dengan bebas pada bila-bila masa.

Teknologi ANC memberi pengalaman pendengaran lebih baik dan jelas

Teknologi ANC HONOR Earbuds 2 Lite berupaya mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB), sekaligus memberi pengalaman mendengar muzik dengan audio jelas kepada pendengar apabila memutar senarai lagu kegemaraan. Ini memberi pengalaman mendengar yang berkualiti. Tak kira di mana anda berada, sama ada menunggu tren, berbaris untuk membeli kopi atau di rumah memikirkan lagu hit terbaru JOOX, HONOR Earbuds 2 Lite dapat menghalang bunyi untuk anda ‘menyelam’ ke dalam dunia muzik.

Dwi mikrofon, anti bunyi angin dan penerimaan lebih jelas

HONOR Earbuds 2 Lite dipasangkan teknologi dwi mikrofon yang berupaya mengesan suara manusia. Menggunakan struktur anti laluan angin, HONOR Earbuds 2 Lite dapat mengurangkan bunyi angin supaya suara lebih jelas didengar. Dengan HONOR Earbuds 2 Lite, anda boleh mencipta bunyi sendiri seperti pakar audio dan menghasilkan rakaman berkualiti tinggi. Ciri-ciri ini sesuai untuk sesi karaoke. Anda hanya perlu memakai fon telinga, membuka JOOX dan menyanyi sepuas hati di rumah.

Digelar “Peneman Penstriman Muzik Terbaik” oleh JOOX, HONOR Earbuds 2 Lite dijual pada harga RM299 dan kini ditawarkan pada harga Early Bird sebanyak RM269. Sebagai tambahan, pembeli berpeluang menikmati langganan VIP JOOX selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70. Ahli VIP JOOX berpeluang menikmati akses tanpa had ke lebih 40 juta koleksi muzik, tiada gangguan iklan, memuat turun lagu tanpa had, dengar lagu ‘offline’ serta muzik dengan kualiti Hi-Fi. Baucer adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Cepatlah membelinya sekarang untuk menikmati diskaun ini!

Sehingga 15 Julai 2021, kunjungi platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara untuk menikmati diskaun Early Bird bernilai RM85! Apa anda tunggu lagi? Rebutlah HONOR Earbuds 2 Lite sekarang!

Mengenai HONOR

HONOR adalah penyedia peranti pintar terkemuka global yang ditubuhkan pada 2013. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan membolehkan kehidupan pintar melangkaui keseluruhan keadaan serta saluran, untuk semua orang. Dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR berdedikasi membangunkan teknologi yang memberi kuasa kepada orang ramai di seluruh dunia untuk menjangkau kemampuan penyelidikan dan pembangunan. Pada masa sama, HONOR mahu mewujudkan dunia pintar baru bagi semua orang menerusi portfolionya yang mengetengahkan pelbagai produk inovatif.

suara.tv

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat