Arab Saudi Iktiraf Vaksin Sinovac , Tiada Lagi Halangan Tunai Ibadah Umrah Dan Haji

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bakal Jemaah Haji Malaysia kini tidak perlu bimbang kerana Kerajaan Arab Saudi telah memasukkan vaksin Sinovac yang telah diluluskan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakry, Jemaah Haji kini tidak perlu risau atau khuatir jika ingin melakukan ibadah Umrah dan Haji pada masa akan dengan kelulusan tersebut.

“Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.” katanya melalui Facebook.

Ujar Dr Zulkifli lagi, tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac. Fokus kita adalah membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk pastikan lebih ramai mendaftar dan hadir untuk vaksinasi.

“Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.” katanya.

Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.

Ia adalah prasyarat wajib yang diputuskan kerajaan Arab Saudi bagi bakal jemaah yang berhasrat ke Tanah Suci. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat