SPRM Jejak Bekas Pegawai Menteri Untuk Siasatan Kes Kontrak Iklan RM90 Juta

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pegawai kanan kepada seorang bekas menteri bagi membantu siasatan kes.

Dalam satu kenyataan semalam, SPRM berkata, lelaki itu bernama Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, berusia 29 tahun, dan mempunyai alamat terakhir di Semporna, Sabah.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Saifullah diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Pesuruhjaya Mohd Fairul Aswan Salleh di talian 013-520 8426 / 03-8870 0562 atau email ke alamat [email protected],” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber memaklumkan bahawa Mohd Saifullah merupakan bekas setiausaha kanan sulit bekas Menteri dari parti Warisan itu.

Selain itu, sumber itu turut memaklumkan bahawa siasatan itu dipercayai berkait rapat dengan kontrak promosi pengiklanan kelolaan sebuah agensi kerajaan bernilai lebih RM90 juta pada 2019.

Kelmarin, media melaporkan tiga pengarah syarikat berkenaan, berusia antara 31 hingga 48 tahun telah direman oleh SPRM selama empat hari berhubung kes itu.

Syarikat berkenaan didakwa tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk mendapat tender berkenaan, dan telah menyediakan beberapa dokumen palsu untuk melepasi kriteria berkenaan.

Selain itu, mereka juga didakwa menawarkan bayaran suapan kepada beberapa pegawai agensi terlibat bagi mengenepikan beberapa syarat asas, dan seterusnya dipilih sebagai pemenang kepada tender tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan SPRM juga telah mengenal pasti pegawai agensi yang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat