IPD Rembau Pantau Lokasi Berpotensi Jadi Laluan Kemasukan Pendatang Asing

- Advertisement -

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau meletakkan anggota di kawasan panas yang dipercayai berpotensi menjadi lokasi kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) melalui perairan di daerah itu.

Langkah yang dilaksana melalui Op Benteng itu juga bertujuan menghalang aktiviti penyeludupan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, tindakan ini juga selaras dengan dasar kerajaan yang sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan menutup semua pintu masuk negara kepada semua warga asing.

“Kawasan persisiran dari sungai Linggi hingga Sungai Timun adalah dari daerah bersempadan dengan Rembau yang mempunyai akses laluan laut serta sungai sudah diaktifkan Op Benteng hingga ke sempadan Melaka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, tugas polis tidak terhenti selepas pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) ditamatkan.

“Tetapi, kita akan terus memantau dari segenap aspek termasuk kebocoran melalui perairan terutama di kawasan Rembau.

“Buat masa sekarang, IPD Rembau akan terus melaksanakan Op Benteng kerana secara keseluruhan kita masih berwaspada terhadap segala ancaman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat