Penjawat Awam Pahang Terima RM1,200 Bantuan Khas Aidilfitri

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri 2022 berjumlah RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif ini berjumlah RM9.6 juta ringgit yang bakal dinikmati 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan.

“Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini telah bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri 2022 berjumlah RM1,200 kepada penjawat awam Negeri Pahang.

”Peruntukan keseluruhan untuk menjayakan inisiatif ini berjumlah RM9.6 juta ringgit yang bakal dinikmati 8,000 penjawat awam negeri ini melibatkan semua gred perjawatan.” Jelas beliau melalui catatan Facebooknya, sebentar tadi.

Kata Wan Rosdy lagi, Bantuan Khas Kewangan ini akan mula dibayar pada 20 April 2022 iaitu sebelum sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Jelasnya lagi, pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri kali ini meningkat sebanyak RM200 berbanding RM1,000 yang disumbangkan tahun lalu.

“Bantuan Khas Kewangan ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan sebagai menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri ini.

“Saya amat berharap Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan beban para penjawat awam Negeri Pahang dalam membuat persediaan menyambut Aidil Fitri nanti. Namun, berbelanja lah secara berhemah dan berjimat-cermat.

”Saya juga mengharapkan pemberian insentif ini dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam negeri Pahang untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.” ujarnya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat