MOSTI lancar Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Rabu melancarkan Pelan Hala Tuju Teknologi dan Produk Nano Negara.

Menteri MOSTI, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, pelan itu merupakan dokumen sokongan utama bagi Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021-2030 (DSNN 2021-2030) untuk merancakkan industri nano di Malaysia.

Menurutnya, pelan tersebut bertujuan menyeragamkan pembangunan nanoteknologi negara, memperkukuh, memantapkan hubungan serta kerjasama antara industri dan akademia dalam memastikan teknologi yang dibangunkan memenuhi kehendak industri serta keperluan pasaran.

“Menurut data daripada Global Inc tahun 2020, pasaran Asia Pasifik diunjurkan pada AS$2.671 trilion tahun 2025.

“Bagi merealisasikan hasrat negara untuk menjadi pemain industri nano di peringkat serantau, ia memerlukan satu bentuk kerjasama yang menyeluruh khususnya bersama agensi-agensi dan kementerian yang lain,” katanya.

Dr. Adham berkata, daripada data NanoVerify Sdn Bhd tahun 2020, lebih 80 peratus daripada industri nano negara dilaporkan dipelopori oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Lantas, tumpuan akan diberikan kepada program-program intervensi bagi meningkatkan teknologi dan produk dalam kalangan PKS seperti bantuan kewangan, fasiliti dan program pensijilan produk nano untuk meningkatkan jualan serta keyakinan pengguna bagi menembusi pasaran luar.

Tamabahnya, inisiatif itu juga dijajarkan dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN 2021-2030) dan Dasar Keusahawanan Nasional 2030.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat