PM Berbuka Puasa Bersama Menteri, MB, Duta Asing dan Anak Yatim

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berbuka puasa bersama menteri Kabinet, menteri besar, ketua menteri, timbalan menteri serta duta-duta asing di kediaman rasminya di Seri Perdana, di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu turut disertai isteri Perdana Menteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan pegawai tertinggi kerajaan.

Antara yang hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 35 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Al-Faeez di Gombak, Selangor dan Ismail Sabri turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama mereka.

Beliau kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat