Madrasah Bustanul Ulum Imarah Al-Quran Sepanjang Ramadan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengimarahkan al-Quran sepanjang Ramadan antara aktiviti Madrasah Bustanul Ulum (MBU) Taman Tugu, di sini yang tidak ketinggalan menganjurkan majlis tadarus selepas solat Tarawih.

Majlis tadarus disertai lebih 20 peserta terdiri daripada penduduk Taman Duta dan Taman Bukit Tunku serta kakitangan jabatan kerajaan mengambil bahagian dalam program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak madrasah.

MBU terletak di kawasan Taman Botani Perdana, satu daripada projek mercu tanda Taman Tugu Negara oleh Khazanah Nasional Berhad yang siap dibina dan dibuka kepada orang awam mulai Februari tahun lalu.

Seorang jemaah yang juga peserta tadarus MBU, Datuk Zahrul Hakim Abdullah, berkata Ramadan kali ini amat bermakna berbanding tahun lalu berikutan kelonggaran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Semoga wabak COVID-19 akan segera berakhir dan kita semua dapat kembali melaksanakan aktiviti harian secara normal,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,601FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat