Bapa Mufti Perlis Meninggal Dunia

- Advertisement -

KANGAR – Bapa kepada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meninggal dunia di Hospital Tengku Fauziah (HTF) akibat masalah kesihatan hari ini.

Pemergian Allahyarham Zainul Abidin Osman, 82, dimaklumkan sendiri oleh Mohd. Asri menerusi Insta Story di laman Instagram drmaza_official petang ini.

“Ayahanda saya baru meninggal (dunia). Doakan keampunan untuk beliau,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Zainul Abidin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Guar Panji kira-kira dua kilometer dari kediaman Mohd. Asri.

Tiga hari lalu, Mohd. Asri memuat naik status di laman sosialnya memaklumkan keadaan bapanya yang berada dalam keadaan kritikal dan memohon orang ramai mendoakannya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad menerusi status di laman Facebooknya turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bapa Mohd. Asri dan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat