Tuduhan Ada Calon Pemilihan PKR Dapat ‘Wahyu Presiden’ Perlu Dibuktikan – Amirudin

- Advertisement -

KUALA SELANGOR – Tuduhan yang mendakwa terdapat calon tertentu yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei depan mendapat ‘wahyu Presiden’ perlu dibuktikan dengan jelas.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu tidak seharusnya timbul dalam pemilihan parti itu pada kali ini.

Malah, katanya, beliau sendiri mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tidak semestinya pandangan itu kita ikut bulat- bulat atau pun kita terima, kalau kita terima pun tidak salah.

“Tetapi yang salahnya mengatakan saya calon presiden, saya bukan calon presiden kerana ini bukan masanya, sebaliknya apa yang ingin kita bawa untuk parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jalinan Ukhwah Ramadan di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini pada Rabu.

Amirudin berkata, kempen menggunakan wahyu presiden tidak semestinya berkesan untuk menarik sokongan pada pemilihan parti seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya.

“Sebelum ini pun ada pihak yang menggunakan cadangan ini seperti pemilihan pada tahun 2013 dan 2018.

“Kalau tak ikut calon ini, sebenarnya kamu hendak melawan presiden dan ini berlaku pada 2018 termasuk daripada mereka yang menimbulkan hal ini,” jelasnya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan semua pihak bertanding dalam pemilihan parti itu pada Mei ini supaya berkempen secara sihat dan tidak melakukan serangan peribadi.

Beliau mendakwa terdapat calon tertentu yang mendakwa mereka merupakan calon pilihan Anwar. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat