Tibanya bulan suci Ramadan pada tahun ini pasti ramai ingin melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian berbuka puasa.
Terdapat banyak venue yang menawarkan buffet Ramadan untuk dinikmati bersama keluarga yang pastinya setiap sajian makanan dan harga haruslah bertepatan dengan selera dan bajet kita.
Mercure Living Putrajaya
Bertemakan “Bufet Madani” mercure Living menampilkan hidangan utama khas yang dimasak menggunakan lima teknik tradisional: PANGGANG, KUKUS, BAKAR, REBUS dan RENEH. Menunya istimewanya Gulai Kawah Daging Rebung Selat Melaka, Siput Sedut Masak Lemak Lata Kinjang dan Gulai Nangka Udang Diraja.
Harga untuk dewasa adalah RM148dan RM98 bagi setiap kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). Bufet bermula dari 6.30 petang hingga 10.00 malam dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi +60 3 2022 5991 atau e-mel [email protected]
Tenera Hotel
Meneruskan Sajian Garenti Sedap untuk buffet Ramadhan tahun ini dengan tema Lip Lap, Lip Lap Buffet ramadhan. Terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman. Terdapat lebih menu 130 sajian yang disediakan sepanjang bulan ramadan kali ini.
Pakej harga bufet Ramadan adalah RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad). Untuk tempahan sila www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/ whatsapp di talian 019-3854 796.
Concorde Hotel
Concorde hotel mempersembahkan Buffet Ramadhan “WARISAN IBUNDA”, Legasi Resepi ‘Warisan ibunda’ yang mengamalkan resepi masakan tradisional air tangan ibu di rumah Menu Buffet Ramadhan Warisan Bonda terdiri daripada 100 menu yang menyelerakan bagi tetamu untuk membuat pilihan, dan Menu Istimewa adalah Kari Kepala Ikan Jenahak, telur Ikan Merah Goreng Berempah, Paru Goreng Berlada, Sotong Masak Lemak Belimbing Buluh, Kambing Panggang dan banyak lagi.
Harga bagi pakej adalah RM149 untuk dewasa RM75 untuk Kanak-kanak dan RM115 untuk warga tua.
Zai Sri Gemilang
Bertemakan ‘Bufet 25 malam’ menyediakan sajian ‘Cita Rasa Timur Tengah’ menyelerakan, lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud, Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.
Untuk Pakej bufet ramadan harga asal RM108 (Isnin-Jumaat) dan RM118 (Sabtu-Ahad) untuk orang dewasa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas serta kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM68 sahaja. Untuk tempahan, sila layari laman zaisrigemilang.com atau hubungi talian 019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929
The Pearl KL
Bertemakan “Sajian Warisan Nusantara” sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi.The Pearl Hotel turut menyajikan pelbagai Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan. Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai
Jagung Kukus Sekinchan.
Pakej Bufet Ramadan Sajian Warisan Nusantara adalah Dewasa RM128 kanak-kanak 78 dan Warga Emas adalah RM98. Untuk tempahan sila hubungi 016-331 8437 atau 016-331 8729.
Ideas Hotel
Bertemakan buffet Ramadan “SELERA WARISAN” menyediakan hidangan yang akan mengembalikan nostalgia resipi turun temurun oleh chef yang terlatih. Menu istimewa “Asam Pedas Tulang rawan” dan “Rendang Itik” yang telah disediakan oleh Chef Eksekutif IDEAS hotel. Selain dua menu istimewa tersebut menu lainya adalah Laksa Nyonya, Sup Berempah, Dum Sum, Pasta, Pizza, Nasi Ayam, Kuew Teaw, lauk lauk campur dan banyak lagi. Bukan Buffet Ramadan lah jika tiada kambing golek yang diperap dengan sempurna dan disajikan bersama coleslaw dan sos pilihan.
Pakej harga Selera warisan adalah Dewasa RM 158 dan Kanak-Kanak RM 80, pada 8 April – 9 April memberikan harga Durian Runtuh Dewasa RM 100 Kanak-Kanak RM 50, untuk tempahan boleh hubungi 016 712 9546, 03 2614 8010 | Email: [email protected]
The Face Style
Mempersembahkan tema “CITARASA BONDA” pasti akan mengembalikan nostalgia masakan bonda daripada Maestro kuliner THE FACE Style,Nikmatilah pelbagai spesialiti tradisional Melayu, termasuk hidangan istimewa seperti “Soup Gearbox,” “Kambing Bakar,” “Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Berkeju,” “Ayam Bakar Tebu”, “Laksa Kuala Kangsar”, Ikan Cencaru Sambal Tauchu “Viral”, “Daging Masak Hitam” dan banyak lagi.
Harga biasa dewasa ialah RM188 bersih dan kanak-kanak (6 tahun ke 12 tahun | Warga Emas berusia 65 tahun keatas) RM95bersih.tempahan restoran melalui WhatsApp di +6012 751 6992 atau hubungi | WhatsApp kami antara 9:00 pagi dan 5:00 petang di +6017 613 7423. Talian terus Style All-Day-Dining: +603 2168 1770.
Sunway Putra hotel
Dengan tema “Santapan Ramadan Putra” akan mensajikan pelbagai hindagan menarik dengan 100 hidangan istimewa, hidangan khas chef ialah Kambing Golek, Nasi Goreng Kambing, dan berbagai pilihan Sate dari Indonesia seperti Sate Madura, Sate Padang, Sate Kambing Kicap, dan Sate Maranggi, Turut dihidangkan Sate Malaysia yang disajikan bersama kuah kacang. Nikmati juga pelbagai jenis hidangan, seperti hidangan tersohor iaitu Kari Kepala Ikan.
Pakej harga Santapan Ramadan Putra adalah RM139 bersih seorang dewasa.
Restoran Rebung chef Ismail 1 dan 2
Bertemakan “Ceq Lapaq Nasik Lah” Restoran rebung telah menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya, Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut. Pelbagai Lauk Pauk lain juga disediakan berserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.
Harga bufet Ramadan adalah bagi dewasa RM 99 nett kanak-kanak(5-12tahun) RM 69 nett, KIni Restoran Rebung Chef Ismail telah dibuka di Putrajaya terletak di Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200, Putrajaya berhadapan dengan PICC Putrajaya. untuk tempahan sila hubungi 03 227 3535 atau email [email protected] dan untuk putrajaya di 011 6745 3535 atau email [email protected]
Restoran Santapan Ummnis Hijau Kasturi
Bertemakan “Nostalgia Sungkei Di Desa : Air Tangan Ibu” mempersembahkan lebih 45 jenis gabungan sajian makanan Malaysia dan Brunei yang bakal tersedia sepanjang bulan Ramadan. Pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi.
Pakej harga bufet ramadan adalah sebanyak RM 59.90 nett untuk dewasa dan RM25.00 nett ditawarkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah* serta warga emas berumur 60 tahun ke atas. untuk tempahan sila hubungi 03-40324383(pejabat),017-6534133(operasi) atau 011-23058511